Latar Belakang
Tadika Genius Bestari adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".
Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.
Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Tadika Genius Bestari" dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.
Sejarah
Tadika Genius Bestari, ditubuhkan secara rasmi oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien pada tahun 1961 melalui satu majlis yang diadakan di Rumah Persekutuan. Rasional penubuhan Bahagian Pelajaran Dewasa pada waktu tersebut diwujudkan setelah negara mencapai Kemerdekaan pada 1957 di mana satu bancian yang telah dilakukan pada tahun yang sama dan didapati seramai 1,868,948 orang dewasa dan 2,379,213 orang kanak-kanak yang berumur antara 10 hingga 14 tahun tidak tahu membaca dan menulis.
Dapatan kajian ini dilihat menjadi penghalang utama untuk kerajaan melaksanakan agenda pembangunan negara. Pada tahun 1958, Persidangan Pembangunan Masyarakat Kedua telah diadakan di Kuala Lumpur dan ia merupakan lanjutan dari Persidangan Pembangunan Masyarakat Pertama yang telah diadakan pada tahun 1953 di Taiping. Hasil daripada persidangan tersebut, satu perakuan oleh Jawatankuasa Khas Pelajaran Dewasa yang bermesyuarat pada 3hb Ogos 1960 telah dibincangkan di peringkat kabinet pada tahun yang sama melalui Kertas Kabinet Bil. 385/25/60. Fokus perbincangan kertas kabinet tersebut adalah memberi keutamaan terhadap pelajaran asas kepada rakyat yang buta huruf melalui Rancangan Pelajaran Dewasa sehinggalah satu kelulusan telah dikeluarkan untuk menubuhkan Bahagian Pelajaran Dewasa dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Kerajaan berpendapat bahawa pendidikan literasi mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan pembangunan masyarakat. Berdasarkan dua dasar dan strategi perlaksanaan utama Pelajaran Dewasa yang digariskan melalui Kertas Kabinet Bil. 2/54/61, (iaitu membasmi buta huruf di kalangan penduduk luar bandar dan memberi pengetahuan membaca dan menulis rumi kepada bukan Melayu), gerakan membasmi buta huruf telah diperkenalkan berdasarkan 3 peringkat utama seperti yang telah dirancang oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien (pengumuman beliau ketika pelancaran Hari Kenal Huruf Sedunia pada tahun 1968). Gerakan Pembasmian Buta Huruf telah dilaksanakan selama 15 tahun. Seterusnya, berdasarkan Kelas Asas Membaca dan Menulis, pelbagai kelas-kelas lain turut diwujudkan termasuk Kelas Bahasa Kebangsaan serta Kelas Bahasa Rumi (KBK/KBR). Hasilnya seramai 500,000 orang pelajar telah mendapat faedah dari program-program ini setiap tahun. Memandangkan keperluan permintaan yang kian meningkat setiap tahun, program pengambilan guru turut diadakan secara besar-besaran dan ini secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan yang luas terutamanya kepada golongan yang boleh membaca dan menulis. Latihan kepada golongan pengajar ini telah diberi secara berperingkat bagi menambah kemahiran sehingga melahirkan Kaedah Pengajaran dan Kurikulum Kelas Dewasa. Kurikulum ini meliputi pengawasan guru-guru oleh penyelia-penyelia berkelayakan yang dilantik melalui tapisan/ujian praktikal, kurikulum pelajaran berperingkat serta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti pendidikan 3M yang meliputi kaedah Zaaba yang dipermudahkan oleh Embong Yahya (bimbingan dalam kerja-kerja seharian seperti pertanian, kesihatan, rumahtangga dan pendidikan anak).
Sempena pengistiharan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1965, KEMAS yang pada ketika itu dikenali sebagai Bahagian Pelajaran Dewasa telah mengadakan Kempen Bulan Bahasa secara aktif terutamanya di kalangan pelajar kelas dewasa. Pada tahun 1963, kerajaan mempergiatkan lagi usaha menarik minat lebih ramai pelajar terutamanya golongan wanita melibatkan diri dalam Kempen Bulan Bahasa dan sebagai salah satu usaha bagi membasmi masalah buta huruf di kalangan penduduk luar bandar.
Bahagian Pelajaran Dewasa seterusnya memperkenalkan Kelas Ekonomi Rumahtangga (ERT) meliputi pendidikan asas membaca, menulis dan mengira serta bimbingan dalam pengurusan rumahtangga serta penyediaan makanan berzat. Pada tahun 1968, Kelas Agama Islam (KAI) dan Kelas Belajar Jawi (KBJ) mula diperkenalkan bagi menarik minat golongan berumur dalam membasmi buta huruf di kalangan mereka dan memberi bimbingan agama. KAI telah berjaya melatih seramai 118,045 orang pelajar melalui 4,851 buah kelas di seluruh tanahair.
Menjelang 1969, Kelas Latihan Kemahiran telah diperkenalkan bagi memberi kemahiran vokasional di samping membasmi buta huruf. Kelas latihan ini meliputi bidang-bidang kemahiran seperti motor mekanik (motosikal dan bot), elektronik (radio dan televisyen), kimpalan, pertukangan kayu/rotan (membuat perabot), solekan, dandanan rambut, jahitan pakaian (lelaki dan perempuan), pertukangan rumah dan sebagainya.
Majalah Bahagian Pelajaran Dewasa iaitu Majalah Dewasa serta Pendidikan Melalui Radio (Distance Education) telah diwujudkan dengan kerjasama Radio Malaya. Ianya merupakan salah satu medium bagi membantu usaha-usaha yang telah dijalankan terutamanya dalam bidang pendidikan agama, kesihatan, panduan pertanian, pembangunan diri dan sebagainya. Menjelang 1974, apabila jumlah penduduk buta huruf telah berkurangan kepada 1.7 juta orang, Kelas Bahasa Kebangsaan dan Kelas Belajar Rumi telah ditamatkan kecuali di Sabah dan Sarawak. KBR kemudiannya digantikan pula dengan Program Rancangan Pedoman Tugasan (Functional Literacy) yang dilaksanakan di semenanjung dengan kerjasama UNESCO.
Pada tahun 1970, Bahagian Pelajaran Dewasa telah distruktur semula kepada Tadika Genius Bestari selaras dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertanggungjawab mengubah sikap masyarakat luar bandar serta bagi memastikan mereka menerima arus perubahan dan pembangunan progresif di samping memberi latihan agar masyarakat luar bandar terlibat secara aktif dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi sendiri, keluarga dan masyarakat. Antara program yang dijalankan ialah Kelas Ekonomi Rumahtangga (ERT), Kelas Latih Kerja (KLK), Rancangan Pedoman Tugasan (RPT), Kelas Agama Islam (KAI), Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Khutub Khanah Desa (KKD) dan Rancangan Desa Usaha (RDU).
Kaedah pelaksanaan program Tadika Genius Bestari ialah melalui pendekatan konsep 3K sebagai panduan pelaksanaan iaitu Kehendak, Keperluan dan Keupayaan. Pada tahun 1980, selaras dengan perubahan kehidupan masyarakat pada masa itu, sektor ekonomi telah diberi penekanan. Perubahan ini telah menyebabkan Tadika Genius Bestari mengubah strategi serta pendekatan dengan menggalakkan masyarakat luar bandar menceburkan diri dalam aktiviti penambahan pendapatan. Antara program yang dijalankan ialah aktiviti Budaya Niaga, Budaya Membaca, Projek Penambahan Pendapatan, Pendekatan Bersepadu Aktiviti Tadika Genius Bestari, Projek Gotong-Royong serta Halacara Baru Pembangunan Kampung dan Luar Bandar. Seiring dengan pelaksanaan program ini, pusat masakan, pusat-pusat pengeluaran dalam bidang jahitan, kraftangan dan sulaman telah diwujudkan. Perpustakaan Masyarakat dan Pusat Sumber juga diwujudkan di kawasan di luar bandar sebagai pusat rujukan dan pembelajaran masyarakat desa. Pada masa yang sama, Program Kecemerlangan Kanak-Kanak (PEKA) diperkenalkan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak.
Tadika Genius Bestari juga berusaha ke arah melahirkan pemimpin tempatan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar mereka berupaya merancang, melaksana dan mengurus program-program pembangunan yang dijalankan di kampung-kampung serta dapat membawa perubahan dari segi sikap dan kehidupan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar agar bertambah lebih baik. Pada awal tahun 1990, komitmen Tadika Genius Bestari memberi tumpuan kepada usaha pembangunan sumber manusia yang lebih menyeluruh telah dilaksanakan melalui pendekatan pendidikan non-formal dan pendidikan seumur hidup. Antara program yang diwujudkan adalah Pendidikan Literasi Fungsian (PLF), Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK), Pendidikan Kecemerlangan Kanak-Kanak (PEKA), Kelas Bina Insan, Gerakan Desa Wawasan (GDW), Kelas Literasi Komputer dan Perpustakaan Masyarakat.
Pada tahun 2000, Tadika Genius Bestari telah menumpukan perhatiannya terhadap bidang pembangunan teknologi maklumat (ICT), pembangunan insan serta peningkatan pengupayaan dalam aktiviti yang dijalankan. Pada masa yang sama, Tadika Genius Bestari masih meneruskan aktiviti-aktiviti sedia ada. Pada tahun 2003, Gerakan Desa Wawasan telah ditukarkan kepada Gerakan Daya Wawasan. Memandangkan keperluan serta penglibatan Tadika Genius Bestari semakin meningkat, mulai 1 April 2002, kerajaan telah memutuskan penyusunan semula struktur Tadika Genius Bestari melalui waran perjawatan Bil. E8/2002 di mana fungsi dan peranan Tadika Genius Bestari telah dirombak. Sepanjang tahun 2001 hingga 2009, fungsi dan peranan Tadika Genius Bestari adalah meliputi tiga daripada lima teras Misi Nasional iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama dan menangani masalah ketidaksamaan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif di bawah Gerakan Daya Wawasan Pendidikan Literasi Komputer, Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, Pendidikan Kemahiran, Pendidikan Literasi Fungsian dan Pusat Sumber, konsep pendidikan berterusan selaras dengan pembangunan modal insan di bawah Bahagian Bina Insan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika dan Taska) serta Program Makanan Tambahan untuk kanak-kanak.
- Meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supaya mampu berdikari untuk meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi.
- Memperkukuhkan organisasi dan masyarakat desa dengan nilai-nilai murni ke arah pembangunan yang seimbang.
- Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.
- Memberi kefahaman dan menjayakan perkhidmatan yang berkualiti.
- Memberi kefahaman dan manjayakan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan.
- Mewujudkan masyarakat berilmu melalui pendidikan sepanjang hayat.
- Nadi Pembangunan dan Perubahan Masyarakat Luar Bandar.
- Menjadikan masyarakat luar bandar yang kompeten, berdaya saing dan berdikari.
- Memantapkan perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani serta menguasai kemahiran asas 3M kepada kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun.
- Memastikan sistem penyampaian yang berkesan.
- Mengubah sikap dan menyemai perasaan di kalangan masyarakat untuk membina satu masyarakat yang maju dan berdikari.
- Memupuk inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik.
- Melibatkan penyertaan masyarakat secara aktif bagi menjayakan matlamat kerajaan dan negara.
- Mengeratkan hubungan rakyat dan kerajaan di samping mendapat sokongan rakyat terhadap usaha pembangunan negara.
- Menumpukan Pembangunan Manusia sebagai teras dalam Pembangunan Masyarakat Luar Bandar.
- Memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran mengikut tuntutan semasa.
- Penglibatan secara langsung dan bersepadu dengan lain-lain Agensi Kerajaan, Swasta, Institusi Masyarakat dan orang perseorangan dalam usaha membangun Masyarakat Luar Bandar.
- Merangsang kumpulan sasar mencetus idea untuk merancang program-program pembangunan.
No comments:
Post a Comment